November 25, 2011

# Why you do this to me :'(


Hey guys. Aku terlalu rindukan blog. I thought bila dah habis PMR boleh la update blog setiap hari. But lain jadi :( Aku try nak cerita kat blog tapi aku rasa tu macam benda personal and tak patut cerita kat blog cuz ramai yang akan baca. Nvm, cerita je. Just nak luahkan perasaan yang terpendam :)

It's about my mom. Dia tak pernah faham aku. Aku rasa dia lebih sayang abang aku berbanding aku. Mak aku suka larang apa yang aku nak buat. But abang aku? Time aku nak pakai laptop, time tu la mak aku suruh aku jaga adik la, buat tu la, buat ni la. While abang aku? Duduuuuuk je dalam bilik layan PSP dia -.-

Abang aku bila dia nak pakai laptop, bila bila je mak aku boleh bagi. Kenapa bila aku, mak aku tak bagi? Padahal aku dah tolong jaga adik adik aku semua. Fair ke macam tu?

Like now, aku suka duduk berdiam diri je dalam bilik. Tu pun mak aku bising bising suruh aku keluar bilik. Tapi abang aku? Dia langsung tak turun bawah, jaga adik adik aku. Duduk dalam bilik senang lenang main PSP takde sorang kacau. Kenapa bila aku duduk diam dalam bilik, time tu la adik aku ketuk pintu bilik aku kuat kuat suruh aku turun bawah buat apa yang patut. Kenapa orang susah nak tengok aku senang lenang? :'(

Sekarang aku susah nak pakai laptop sebab abang aku je pakai. Mak aku tak kasi aku pakai laptop lagi sebab haritu aku dah hang kan laptop dia. Mak aku tuduh aku hang kan laptop tu sebab aku orang last pakai laptop time tu. Start pada tu, mak aku langsung tak benarkan aku pegang/pakai laptop tu. Mak aku cakap, aku suka rosakkan barang. Kenapa perlu salahkan aku? :( Aku sedar aku ganas pakai apa apa benda and mesti akan rosak. Abang aku pakai, semua tak rosak. Mak aku cakap aku tak pandai jaga barang, Fine, aku terima semua tu :'(

Mak aku banyak lebihkan abang aku. Aku tak rasa mak aku sayang aku. Tu sebab dulu aku buat perangai sebab aku rasa takde orang sayang aku sampaikan aku hilang kawan kawan aku semua. Sorry guys :'(
Aku tak tahu kenapa dengan hidup aku.

But now, aku bersyukur sebab aku dah dapat balik semua orang yang aku sayang. My friends and bie yang banyak dengar masalah aku. Thanks guys. Aku bersyukur sebab ada jugak orang sayang aku. Aku betul betul tak boleh hidup tanpa korang. Cuz' family aku tak pernah faham aku :'(

So now, korang dah tahu kan apa problem aku selama ni? Memang susah aku nak luangkan masa kat blog ni. Padahal orang lain dah banyak post pasal daily life diorang. Damn, i'm so jealous~ 


No comments:

Post a Comment